Maxis Bola Raya | Maxis

Ikuti rembatan setiap gol dengan Maxis!

Serlahkan sokongan untuk pasukan anda, bila dan di mana sahaja dengan pas perlawanan Astro World Cup dengan data PERCUMA Maxis dan aplikasi Bola Raya.

Tonton aksi Piala Dunia hanya dengan RM1 dan nikmati data strim perlawanan secara PERCUMA.

Dapatkan data PERCUMA untuk menonton pasukan anda dengan hanya RM1/ perlawanan.

Alami secara HD di rangkaian 4G No.1.

Semua pas perlawanan Piala Dunia boleh didapati di aplikasi MyMaxis, Hotlink RED dan Hotlink Flex.

Bersedia dengan pas perlawanan sebelum beraya!

Pastikan anda melanggan pas perlawanan Maxis Astro World Cup 3 jam sebelum perlawanan.

Langkah:

  1. Klik banner Maxis Bola Raya di aplikasi MyMaxis.
  2. Pilih perlawanan & sahkan pembelian.
  3. Terima kod kupon melalui aplikasi MyMaxis & SMS.
  4. Klik di sini untuk log masuk/ daftarkan diri dan tebus kod kupon.
  5. Tonton aksi perlawanan di aplikasi Astro GO!

Belum dapatkan aplikasi aplikasi MyMaxis? Muat turun sekarang.

Bangkitan semangat dengan aplikasi Bola Raya.

Imbas & Sentuh

Tukar jersi AR kegemaran anda pada bila-bila masa.

Mod Keluarga

Gayakan seluruh keluarga dengan jersi AR.

Bingkai & Stiker

Meriahkan Raya dengan aksi bola anda.

Kongsi

Hantar gambar dan video Bola Raya anda kepada semua.

Muat turun aplikasi Bola Raya.

Muat turun aplikasi sekarang, atau kunjungi Pusat Maxis KLCC untuk mengetahui cara mendapatkan Baju Raya Maxis edisi terhad (sementara stok masih ada).

Soalan Sering Ditanya

Klik untuk lihat
1. Berapakah pas yang boleh saya langgan untuk satu perlawanan?

Pas hanya boleh dilanggan SEKALI sahaja untuk satu perlawanan.

2. Siapakah yang layak melanggan pas Maxis Astro World?

Semua pelanggan Maxis dan Hotlink layak untuk melanggan pas melalui Aplikasi MyMaxis, Aplikasi Hotlink RED dan Hotlink Flex.

3. Berapakah jumlah langganan maksimum pas untuk setiap perlawanan?

Pas hanya boleh dilanggan SEKALI sahaja untuk satu perlawanan. Belilah sebanyak mana pas perlawanan yang anda mahukan, tetapi pembelian pas perlawanan akan ditutup 3 jam sebelum ia bermula.

4. Bagaimanakah cara untuk melanggan pas Maxis Astro World Cup?

Anda boleh membeli pas perlawanan melalui aplikasi berikut:

  • aplikasi MyMaxis untuk pelanggan Pascabayar Maxis
  • aplikasi Hotlink RED untuk pelanggan Prabayar Hotlink
  • aplikasi Hotlink Flex untuk pelanggan Pascabayar Hotlink

Langkah 1: Sentuh banner Maxis Bola Raya pada aplikasi MyMaxis, Hotlink RED atau Hotlink Flex.

Langkah 2: Pilih pas perlawanan & sahkan pembelian.

Langkah 3: Terima SMS kod kupon melalui aplikasi MyMaxis, Hotlink RED atau Hotlink Flex dalam tempoh 3 jam selepas pembelian.

Langkah 4: Sentuh pautan di dalam SMS/ aplikasi untuk menebus kod kupon. Anda akan diminta untuk mendaftar di portal penebusan jika anda tidak mempunyai akaun Astro GO

Langkah 5: Tonton aksi perlawanan di aplikasi Astro GO atau portal web Astro GO.

*Nota:
Sistem kami dijadualkan untuk penyenggaraan bermula 12 pg. hingga 8 pg. pada 20 Jun, 27 Jun, 4 Julai & 12 Julai. Pembelian dalam tempoh waktu tersebut akan diproses selepas penyenggaraan selesai.

5. Selepas pembelian, bilakah saya akan menerima kod kupon?

Kod kupon akan dihantar secara serta-merta melalui SMS & aplikasi dalam tempoh 3 jam sebelum perlawanan. Cuma sentuh banner Bola Raya dan pilih perlawanan yang telah dilanggan untuk mendapatkan kod kupon anda.

Untuk pengguna Hotlink, kredit anda hanya akan ditolak selepas menerima kod kupon. Anda akan dimaklumkan melalui SMS jika pembelian tidak berjaya.

6. Apakah yang boleh saya nikmati dengan Pas Perlawanan Astro World Cup?

Pas ini boleh digunakan untuk strim perlawanan pilihan di aplikasi Astro Go atau laman web Astro GO.

7. Bolehkah data PERCUMA ini digunakan untuk melayari internet?

Data PERCUMA pas perlawanan ini hanya boleh digunakan untuk strim perlawanan yang telah dilanggan melalui aplikasi Astro GO atau portal web Astro GO.

8. Apakah tempoh sah pas Maxis Astro World Cup?

Kod kupon ini hanya sah ketika perlawanan pas pilihan. Ini merangkumi praperlawanan, perlawanan dan ulasan. Data PERCUMA akan diaktifkan 3 jam sebelum perlawanan. Anda akan menerima SMS makluman untuk pengaktifan data dan tempoh sah data PERCUMA.

9. Bolehkah saya melanggan Pas Perlawanan Astro World Cup secara lebih awal?

Pas perlawanan boleh mula dilanggan bermula 6 Jun. Anda digalakkan untuk membeli pas lebih awal. Pembelian boleh dilakukan untuk sebanyak mana pas perlawanan yang anda mahukan, tetapi pas mestilah dilanggan 3 jam sebelum perlawanan bermula.

10. Penantian itu suatu penyeksaan! Kenapa saya belum dapat kod kupon selepas pembelian?
  • I. Kod kupon akan dihantar kepada anda melalui SMS dan juga aplikasi, dalam tempoh 3 jam selepas pembelian. Cuma sentuh banner Bola Raya dan pilih perlawanan yang telah dilanggan untuk mendapatkan kod kupon anda.
  • II. Jika pembelian pas anda dilakukan dalam tempoh penyenggaraan bermula 12 pg. hingga 8 pg. pada 20 Jun, 27 Jun, 4 Julai & 12 Julai, kod kupon untuk pembelian dalam tempoh waktu tersebut akan diproses dan dihantar selepas penyenggaraan sistem selesai.
  • III. Jika anda masih lagi belum menerima kod kupon selepas langkah (i) dan (ii), sila hubungi kami di 123 daripada talian Maxis atau Hotlink anda.
11. Pas yang saya tebus di aplikasi Astro GO tidak sah!

Pastikan anda memasukkan kod kupon yang tepat. Sila sentuh banner Bola Raya di aplikasi MyMaxis, Hotlink RED atau Hotlink Flex, kemudian sentuh perlawanan yang telah dilanggan bagi menyalin kod kupon, kemudian isikan di aplikasi Astro GO. Jika anda masih mengalami masalah yang sama, sila hubungi kami di 123 daripada talian Maxis atau Hotlink anda.

12. Bolehkah saya menggunakan Pas Perlawanan di luar negara?

Pas ini tidak sah untuk strim di luar Malaysia. Aplikasi Astro GO dan portal web Astro GO tidak dapat diakses di luar Malaysia, sama ada menggunakan WiFi atau perantauan Maxis.

13. Saya tidak dapat mencari banner Bola Raya Maxis di aplikasi MyMaxis, Hotlink RED & Hotlink Flex.

Sila pastikan anda menggunakan versi aplikasi yang terbaru. Jika tidak, sila kemas kini melalui Google Play atau App Store.

Terma & Syarat

Klick untuk lihat